Lihat-lihat sekitar sksm
Impresi pertama apabila menjejakkan kaki ke sk seri muda
membuatkan hati terpaut dan ingin terus berada disini. Persekitaran yang bersih serta susun atur landskap yang begitu mempesonakan menterjemahkan bahawa ia dikemudi oleh
sebuah pentadbiran yang berwibawa. Suasana yang menggamit
ketenangan dan kedamaian menceritakan satu hala tuju yang pasti bagi menggapai seruan kerajaan dalam pendidikan.
Dalam mengejar cita-cita pastinya tiada pencapaian gemilang andainya kita memfokuskan terhadap duniawi semata-mata. Lantaran keinsafan itu diseiringkan antara dunia dan akhirat dalam menggapai satu matlamat.
Surau al-Hidayah merupakan surau 5 bintang yang berjaya ditadbir oleh jawatankuasa yang proaktif dalam memaksimakan perjalanan urustadbirnya dan penglibatannya dalam semua aktiviti.
Tanpa ada sifat kealpaan terhadap rukun negara yang semestinya didokong sebuah intitusi pendidikan dalam mewujudkan suatu masyarakat Malaysia yang setia pada negara. Kehadiran anda pastinya disambut oleh satu lambang negara Malaysia.
Deretan bunga raya dikiri dan kanan jalan masuk menanti kunjungan anda ke sk seri muda
Keperihatinan para guru terhadap perlunya pendedahan dalam mencintai alam fauna dan flora, jawatankuasa Kelab Sains SK Seri Muda mewujudkan satu lokasi bagi stiap murid menghayati anugerah Allah.
Berbagai spesis burung ditempatkan disini.
Inilah suasana pagi yang merantai setiap hati staff SK Seri Muda agar terus setia berkhidmat dengan masyarakat setempat.
Kedamaiannya membuatkan hati kecil setiap yang ada disini tidak ingin berubah haluan mencari destinasi baru........
Gambar terbaru sk seri muda