SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MUDA
Sejarah awal penubuhan Sekolah Kebangsaan Seri Muda bermula se awal tahun 40-an. Sebuah rumah kongsi peninggalan sekumpulan pekerja kontraktor Cina yang pada ketika itu bertugas mengorek tali air Sungai Korok telah digunakan sebagai sekolah , kemudian berpindah sementara ke rumah Tuan Haji Mustaffa Bin Haji Din dan beberapa rumah lagi.
Pada tahun 1953 , sebuah bangunan tetap didirikan di atas sebidang tanah milik Encik Ariffin Bin Md Samad. Institusi ini dinamakan Sekolah Rakyat Alor Biak, Mukim Jeram . Bangunan dibina dengan tiang ‘kayu gelam’ dan batang nibung , beratapkan nipah serta berdinding papan . Manakala kerusi dan meja murid diperbuat daripada potongan batang kelapa.
Jumlah murid pada peringkat awal seramai 50 orang , seterusnya meningkat angka 120 pada tahun 1953. Kerajaan telah mengiktiraf Sekolah Rakyat Alor Biak dan memberi separuh bantuan . Mana-mana penduduk kampong yang berpengetahuan Rumi dan jawi diambil sebagai guru . Pada tahun 1953 juga Encik Abdul Hamid Bin Yunus dilantik sebagai guru besar pertama. Bilangan guru semakin bertambah hingga menjadi 14 orang pada tahun 1961. Kekurangan bilik darjah amat ketara sejak tahun 1955. Hal ini berlaku apabila bilangan pelajar telah meningkat kepada 280 orang. Bagi mengatasi masalah ini , sebuah bangunan tambahan telah dibina pada tahun 1962. Walau bagaimana pun usaha yang demikian itu masih belum dapat menampung jumlah bilangan murid yang semakin bertambah. Oleh sebab itu sebilangan pelajar terpaksa ditempatkan di Madrasah Al-Syibasiah.
Pada tahun 1963, pihak kerajaan memperakui Sekolah Kebangsaan Alor Biak sebagai sekolah bantuan penuh kerajaan , sebuah bangunan baru dibina dan Cikgu Taib Bin Jusoh pula menjawat jawatan guru besar. Pada tahun 1968 nama sekolah ditukarkan kepada Sekolah Kebangsaan Seri Muda, sinonim dengan kedudukan geografi di kawasan Pertanian Muda. Peningkatan dan perkembangan sekolah dapat dilihat dengan jelas pada sekitar tahun 90-an. Lebih ramai guru yang berkelayakan ditempatkan di sekolah ini. Bilangan Kelas juga turut meningkat.
Kini, Sekolah Kebangsaan Seri Muda telah menempa nama di antara sekolah yang dihormati dan disegani setelah melakukan kemajuan terancang sama ada bidang akademik mahupun kokurikulum. Kemajuan ini dicapai hasil pemuafakatan semua warga sekolah termasuk para waris dan diserlahkan dengan kepemimpinan Tuan Haji Ahmad Hulmi Haji Ismail merangkap Pengerusi MGB Kedah. Kemudiannya pada tahun 2004 Puan Hajjah Rusna binti Abdullah mengambilalih tugas sebagai peneraju sekolah ini. Pertengahan tahun 2006 sekolah ini diterajui pula oleh seorang guru besar baru yang berwibawa dan melakar wajah baru sekolah ini. Hingga sekarang Puan Harison binti Mohd Salleh giat melakukan pelbagai usaha untuk memperkasakan sekolah.
PELAJARAN TERAS KEMAJUAN
Cogan kata ini membawa maksud pendidikan bertujuan untuk melahirkan rakyat yang berpengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat Malayisa
SENARIO SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Seri Muda mempunyai satu blok bangunan tiga tingkat, satu blok bangunan dua tingkat, satu blok bangunan satu tingkat , sebuah kantin, sebuah kedai koperasi dan sebuah makmal komputer . Pentadbiran sekolah sekolah diterajui oleh Guru Besar dan tiga orang penolong kanan serta seorang Penyelia Petang, 53 kakitangan akademik dan 5 orang staf sokongan. Bilangan pelajar seramai 817 orang berakhir 31 Mei 2009.Sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah luar bandar 1 sesi dan mempunyai 21 kelas.
Falsafah
Bahawasanya murid-murid yang ada di sekolah ini adalah mempunyai kebolehan dan potensi untuk berkembang maju dari segi inteleknya. Dengan itu peluang seluas-luasnya akan diberikan kepada murid-murid di sekolah ini untuk mengembangkan daya intelek masing-masing. Bahawasanya kami para pendidik di sekolah ini mempunyai keupayaan dan kebolehan ikhtisas untuk memberikan pendidikan yang sempurna dan bermutu tinggi bagi memajukan pelajaran murid-murid di sekolah ini.
Visi dan Misi
VISI SEKOLAH
SKSM akan menjadi sekolah cemerlang dalam Daerah Kubang Pasu menjelang tahun 2015.
MISI SEKOLAH
Mewujudkan pengurusan dan pentadbiran yang cekap dan berkesan.
Melahirkan pelajar yang berdisiplin, berkeyakinan dan berkebolehan dalam pelbagai bidang.
Menjana tenaga pengajar yang berketrampilan dan berdedikasi.
Mewujudkan suasana yang kondusif, ceria dan selamat.
Mengembeling komuniti untuk kecemerlangan sekolah.
Lagu Sekolah
Pendidikan Teras Kemajuan
Kami Pelajar Seri Muda
Berikrar Berjaya Setiap Masa
Menuntut Ilmu Yang Berguna
Untuk Akhirat Dan Dunia
Berdisiplin Serta Berusaha
Berpandu Rukun Negara
Menjadi Insan Yang Berguna
Kepada Negara Tercinta
Cemerlang, Kotakan
Gemilang, Keazaman
Cerahkan, Masa Depan
Amalan Kebahagiaan
Janji Setia Sebulat Kata
Nasihat Tersemat Didada
Kami Pemimpin Dihari Muka
Pendidikan Teras Kemajuan
Piagam Sekolah
Kami Warga SK Seri Muda dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :
::. melaksanakan sistem pendidikan berasaskan Falsafah Pendidikan Negara supaya semua murid menguasai 3M selepas 6 tahun persekolahan.
::. berusaha melahirkan murid yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia serta mengamalkannya kearah pembangunan dan kesejahteraan diri, masyarakat dan negara.
::. berusaha membantu murid mencapai kecemerlangan, memupuk sifat kepimpinan, berketrampilan dan bertanggungjawab serta menghargai alam sekitar.
::. mewujudkan sekolah penyayang dan menjadikannya sebagai institusi masyarakat.
::. memberi peluang yang sama rata kepada semua murid mendapat pendidikan.
::. memberi peluang menyelesaikan urusan waris berkaitan persekolahan dengan kadar segera.
::. bersedia menerima saranan dan idea-idea demi kebaikan bersama.
Lokasi